Steps For Booking

Berikut adalah langkah demi
Langkah cara membuat penghantaran kenderaan anda ke destinasi pilihan.

Garis Panduan

dan tatacara barangan didalam kenderaan

Kondisi Kenderaan

1. Barangan yang diletakan di dalam kenderaan haruslah melalui proses pemeriksaan kastam
2. Barangan yang diletakan di dalam kenderaan adalah selamat untuk operasi penghantaran

Barangan yang tak dibenarkan adalah seperti:
a. Barangan Berharga
b. Barangan Berbahaya
c. Barangan Cecair
d. Barangan Penting
e. Dokumen Penting

Ruang Penyimpanan

1. Barangan haruslah didalam kenderaan sahaja.
2. Barangan tidak boleh melebihi dari paras cermin pintu sisi kiri dan kanan
3. Barangan yang diletakan dalam kenderaan tidak dibenarkan untuk menutup cermin pandang belakang
4. Barangan hanya dibenarkan diletakan didalam bonet kenderaan dan tempat duduk belakang sahaja

Peringatan Penting :
a. Barangan yang dibawa didalam kenderaan adalah atas risiko pemilik kenderaan tersebut.
b. Jika berlaku kehilangan atau kerosakan terhadap barangan yang dibawa, pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab.

Barangan Yang Dibenarkan
Dibawa Dalam Kenderaan

BARANGAN YANG DIBAWA DIDALAM KENDERAAN ADALAH PERSETUJUAN PELANGGAN DAN BUDI BICARA BERSAMA PIC SEMASA MEMBUAT TEMPAHAN

clothes

Pakaian Harian

(TIDAK TERMASUK KASUT / SELIPAR)

books

Buku dan Peralatan Menulis

broom

Barang Kelengkapan Rumah

utensils

Peralatan Memasak / Dapur

cup

Kelengkapan Mandi

electronic

Barangan Elektrik

Barangan Yang Dibenarkan
Dibawa Dalam Kenderaan

BARANGAN YANG DIBAWA DIDALAM KENDERAAN ADALAH PERSETUJUAN PELANGGAN DAN BUDI BICARA BERSAMA PIC SEMASA MEMBUAT TEMPAHAN

clothes

Pakaian Harian

(TIDAK TERMASUK KASUT / SELIPAR)

books

Buku dan Peralatan Menulis

broom

Barang Kelengkapan Rumah

cup

Kelengkapan Mandi

electronic

Barangan Elektrik

utensils

Peralatan Memasak / Dapur

Barangan Yang Tidak Dibenarkan Dibawa Dalam Kenderaan

Barang kemas

Makanan

Bahan api yang mudah meletup

Dokumen penting

Aksesori Kenderaan

Pakaian / peralatan uniform

Peralatan sukan

Barangan peribadi

Peralatan muzik

Cecair yang melebihi had

Langkah 1: Mendapatkan Informasi


Lawati www.hantarkeretaku.com/main untuk dapatkan harga dan tarikh pergerakan kapal atau hubungi Hotline (CALL / SMS / WHATAPPS 016 594 5949)

Langkah 2: Penempahan / Booking Now


Isi borang penempahan di https://hantarkeretaku.com/main/?page_id=2311 (Tiada bayaran dikenakan hanya booking shipment)

Langkah 3: Sediakan Dokumen


a) Salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan/ Geran Kenderaan (muka surat depan & muka surat belakang)

b) Salinan IC pemilik (seperti nama pada geran kenderaan) Muka surat depan dan muka surat belakang

c) Surat Kebenaran Bank Jika kenderaan tersebut masih ada pinjaman. Sila mohon Surat Kebenaran Bank dari bank yang membiayai pinjaman kenderaan anda. Cuba minta dahulu daripada pihak bank, namun jika sukar sila sediakan Geran Kenderaan dan IC pemilik sahaja.

Langkah 4: Email Dokumen


1. Emailkan semua dokumen-dokumen tersebut ke :

hantarkereta7@gmail.com

2. Pastikan dokumen-dokumen tersebut discan dengan jelas (terutama geran kenderaan no chasis dan no enjin perlu jelas).

3. Pastikan No telefon/ No pendaftaran kenderaan / Tarikh pergerakan kapal/ Destinasi yang dingini ditulis pada tajuk email tersebut untuk rujukan kami.

4. Sila emailkan selewat-lewatnya 3 hari bekerja sebelum tarikh kapal bergerak.

Nota: Bagi yang bermasalah mendapatkan Surat Kebenaran Bank atau pihak bank lambat mengeluarkannya sila emailkan salinan geran kenderaan dan salinan ic sahaja. Kedua-dua dokumen tersebut sudah memadai untuk membuat penghantaran kenderaan tuan-puan.

Langkah 5: Makluman


Sila whatapps/sms/call Tuan Syed Nizam di talian 0165945949 untuk memaklumkan dokumen telah diemail.

Langkah 6: Urusan Kastam


Pihak syarikat akan menyiapkan urusan kastam dokumentasi serta merta sebaik dokumen diterima

Dalam tempoh ini semua pelanggan bolehlah membuat persediaan kenderaan. Terutama yang ingin membawa muatan/ barang dalam kenderaan. Rujuk syarat membawa muatan di artikel di bawah ini sebagai panduan anda.

Langkah 7: Penyerahan Kenderaan dan Pembayaran


Sila hantar kenderaan sehari atau dua hari lebih awal dari tarikh kapal bergerak ke syarikat kami

Pihak syarikat akan memberikan dokumen penghantaran/ Servey Report dan Resit Pembayaran

Semua bayaran mesti dibuat seperti berikut:

  • a) Shipment Dari P Klang Ke Sabah dan Sarawak  (Sila buat bayaran penuh semasa serahan kenderaan di Westport Port Klang)
  • b) Shipment Dari Sabah dan Sarawak ke P Klang (Sila buat bayaran penuh setelah kenderaan sampai di P Klang nanti)

Pembayaran penuh boleh dibuat malaui kaedah tunai, cheque atau pembayaran online. Jika pembayaran melalui kaedah online mohon emailkan slip pembayaran (letakkan no plat kenderaan pd email terebut) atau serahkan bukti bayaran kepada kami untuk semakan.

Langkah 8: Kapal Berlayar Ke Destinasi Pilihan Anda


Jangkamasa perlayaran bergantung kepada destinasi pilihan anda.

Sila rujuk Jadual Pergerakan Kapal untuk mengetahui jangkaan kenderaan anda tiba di kelak.

Langkah 9: Ketibaan Kenderaan di Destinasi


Urusan Kastam disiapkan oleh pihak syarikat dalam tempoh masa 1 hari bekerja setelah kenderaan tiba.

Langkah 10: Penyerahan Kenderaan Kepada Pelangan-pelangan


Pihak syarikat akan menghubungi anda untuk mengambil kenderaan yang dikirim.

Pastikan anda menerima borang kastam K3 bersama-sama kenderaan anda.

Hanya mengambil kenderaan dan tiada lagi sebarang caj lagi dikenakan.

” PIHAK SYARIKAT SENANTIASA BERHARAP SEMUA PELANGGAN BERPUAS HATI DENGAN PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN”