Berikut adalah langkah demi
Langkah cara membuat penghantaran kenderaan anda ke destinasi pilihan.

Garis Panduan Penghantaran Kenderaan

Cancellation Booking / Pemindaan Tarikh

Pelanggan yang dihormati, mohon ambil maklum bahawa sebarang pembatalan tempahan (Cancellation Booking) atau pemindaan tarikh pelayaran hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh pelayaran kapal.

Pembatalan atau pindaan di saat akhir (last-minute cancellation) akan dikenakan caj pembatalan (cancellation fee) sebanyak RM500. Selain itu, kegagalan mematuhi tempoh notis ini juga boleh menyebabkan anda dikenakan caj kompaun kastam sebanyak RM1,000.

Penyerahan Kunci / Keyless Remote Kenderaan

Sila PASTIKAN tiada sebarang kunci lain disertakan atau diletakkan di dalam kenderaan selain daripada kunci / keyless remote kenderaan yang dihantar sahaja sewaktu penyerahan kunci dan kenderan anda kepada kakitangan syarikat kami. JANGAN SERAHKAN KUNCI PENDUA/SPARE KEY, KUNCI RUMAH atau LAIN-LAIN KUNCI bagi mengelakkan dari hilang atau tercicir. Sekiranya tidak berbuat demikian, segala kerugian atau kehilangan tidak akan ditanggung oleh pihak syarikat.

Paras Minyak Sewaktu Penyerahan Kenderaan

Sila PASTIKAN bahawa minyak petrol/diesel kenderaan diisi dan sekurang-kurangnya mencapai separuh tangki bagi memudahkan penyelenggaraan kenderaan semasa berada di pelabuhan. 

Bagi kenderaan EV, sila pastikan paras bateri berada sekitar 50% semasa penyerahan. Paras bateri melebihi 50% tidak digalakkan atas faktor keselamatan semasa proses pengendalian dan penyimpanan di pelabuhan.

Makluman Klasifikasi Harga Kenderaan Kontena

Harga penghantaran kontena ditentukan mengikut jenis, model, spesifikasi, saiz/dimensi dan klasifikasi sebenar kenderaan.

  • Regular – Sedan & hatchback bersaiz standard.
  • Large – SUV, pickup standard & MPV kompak.
  • Premium – Kenderaan bernilai tinggi, MPV/SUV/van bersaiz besar serta kenderaan Extra Large.
  • EV / Hybrid – Semua kenderaan EV dan Hybrid akan menggunakan kategori harga EV.

Nota: Kategori Regular, Large dan Premium adalah bagi kenderaan petrol. Harga akhir tertakluk kepada semakan dan klasifikasi sebenar kenderaan oleh pihak Kapal.

Larangan Membawa Barangan Di Dalam Kenderaan

“ Kepada semua pelanggan, pihak kapal tidak membenarkan barangan dibawa masuk ke dalam kenderaan sepanjang tempoh pelayaran. Segala barangan perlu dikeluarkan daripada kenderaan sebelum kenderaan diserahkan kepada pihak pengurusan Ventura. ”

Larangan Membawa Barangan Di Dalam Kenderaan

Panduan Penghantaran Motosikal

Jika Ada Modifikasi Kenderaan & Barang Aksesori Tambahan

1. Jika anda ada membuat PENAMBAHAN POWER AMP ATAU SUBWOOFER pada kenderaan, ANDA DIMINTA UNTUK KELUARKAN DARIPADA KENDERAAN bagi mengelakkan risiko kehilangan.

2. Jika anda ada membuat MODIFIKASI KENDERAAN SEPERTI PENUKARAN ENJIN / PERTAMBAHAN METER / LOWERED KERETA, berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan:

  • Jika ada buat penukaran enjin, ANDA DIMINTA PERGI KE PUSPAKOM UNTUK BUAT ENDORSEMENT.
  • Jika ada penambahan meter, ANDA DIMINTA UNTUK CABUT DAN KELUARKANNYA DARI KENDERAAN bagi mengelakkan risiko kehilangan.
  • Jika kenderaan lowered, kita perlu menggunakan single car carrier untuk memasukkan dan mengeluarkan kenderaan ke dalam kapal.
    (**Caj tambahan akan dikenakan untuk penggunaan single car carrier).

3. Jika anda ada AKSESORI TAMBAHAN KENDERAAN  seperti DashCam, GPS, Sistem Audio, Meter Tambahan, Power Amplifier dan Android Player, ANDA DIMINTA UNTUK KELUARKAN DARI KENDERAAN.

4. Bagi AKSESORI ASAL KENDERAAN seperti dashcam asal, ANDA HANYA PERLU MENCABUT KAD SD SAHAJA.

Hanya aksesori tambahan yang dipasang didalam kenderaan sahaja perlu dikeluarkan. Manakala, untuk dashcam tambahan, ANDA PERLU MENCABUT KESELURUHAN UNIT DASHCAM.

 

Nota:
Aksesori tambahan lain yang tidak nyatakan juga tidak disarankan berada didalam kenderaan. Setiap aksesori tambahan & barangan yang dibawa adalah atas risiko pelanggan jika berlaku kerosakan / kehilangan dan tidak boleh tuntut pada pihak syarikat.

5. Seterusnya, ANDA JUGA DIMINTA UNTUK KELUARKAN BARANG – BARANG PERIBADI seperti dibawah:

  1. USB cable
  2. Smart Tag
  3. Kad Touch n Go
  4. Spek Mata
  5. CD Lagu
  6. Pewangi Kereta
  7. Duit Syiling
  8. Pendrive
  9. Phone Holder
  10. Key Chain pada kunci

Pentingnya Insurans Marin & Risiko Yang Dilindungi

Insurans Marin Adalah Wajib Untuk Diambil

Insurans Marin WAJIB DIAMBIL untuk setiap kenderaan yang dihantar bagi melindungi kenderaan tersebut semasa proses penghantaran melalui laut. Ini bagi memastikan pemilik kenderaan mendapat perlindungan penuh sekiranya berlaku kejadian tidak diingini seperti kemalangan sepanjang perjalanan.

Restu Ibu Services bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan kepada semua pelanggan mengenai kepentingan insurans marin.

Secara ringkasnya, insurans marin ialah MEMINDAHKAN risiko — di mana sebarang kerugian/ kehilangan/ kerosakan kenderaan yang dihantar akan ditanggung oleh SYARIKAT INSURANS bukan pemilik kenderaan.

SYARIKAT INSURANS akan MEMBAYAR segala kerugian yang di tanggung oleh anda. Insurans Marin memberikan perlindungan penuh kepada kenderaan-kenderaan yang dibawa menggunakan kapal laut. Perlindungan bermula dari perlabuhan asal (Port of Loading) hingga sampai di perlabuhan destinasi (Port of Discharge).

Untuk memastikan pelanggan mendapat perlindungan terbaik, Restu Ibu Services berkerjasama dengan TOKIO MARINE INSURANS MALAYSIA (BERHAD) dalam menyediakan pakej perlindungan terbaik untuk anda.

Risiko Yang Dilindungi

Polisi insurans marin memberikan perlindungan terhadap beberapa risiko utama dalam penghantaran kenderaan, seperti:

Nota:
Kadar bayaran minimum untuk mendapatkan insurans marin ini ialah RM125, walaupun harga pasaran kenderaan kurang daripada RM33,000. Sebarang tuntutan akan berdasarkan harga pasaran semasa kenderaan tersebut.

Barang/ Muatan/ Personal Effect, , seperti telefon bimbit, komputer riba, syiling, SmartTAG, dan lain-lain yang diletakkan di dalam kenderaan tidak dilindungi oleh insurans ini.

Pihak insurans tidak bertanggung jawab bagi kehilangan aksesori barang tambahan seperti turbometer, speaker tambahan, subwoofer dan lain-lain lagi. Hanya Aksesori Kenderaan Standard SAHAJA ditanggung.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Hantar Kereta EV