Langkah 1: Mendapatkan Informasi


Lawati www.hantarkeretaku.com/main untuk dapatkan harga dan tarikh pergerakan kapal atau hubungi Hotline (CALL / SMS / WHATAPPS 016 594 5949)

This will close in 0 seconds

Langkah 2: Penempahan / Booking Now


Isi borang penempahan di https://hantarkeretaku.com/main/?page_id=2311 (Tiada bayaran dikenakan hanya booking shipment)

This will close in 0 seconds

Langkah 3: Sediakan Dokumen


a) Salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan/ Geran Kenderaan (muka surat depan & muka surat belakang)

b) Salinan IC pemilik (seperti nama pada geran kenderaan) Muka surat depan dan muka surat belakang

c) Surat Kebenaran Bank Jika kenderaan tersebut masih ada pinjaman. Sila mohon Surat Kebenaran Bank dari bank yang membiayai pinjaman kenderaan anda. Cuba minta dahulu daripada pihak bank, namun jika sukar sila sediakan Geran Kenderaan dan IC pemilik sahaja.

This will close in 0 seconds

Langkah 4: Email Dokumen


1. Emailkan semua dokumen-dokumen tersebut ke :

hantarkereta7@gmail.com

2. Pastikan dokumen-dokumen tersebut discan dengan jelas (terutama geran kenderaan no chasis dan no enjin perlu jelas).

3. Pastikan No telefon/ No pendaftaran kenderaan / Tarikh pergerakan kapal/ Destinasi yang dingini ditulis pada tajuk email tersebut untuk rujukan kami.

4. Sila emailkan selewat-lewatnya 3 hari bekerja sebelum tarikh kapal bergerak.

Nota: Bagi yang bermasalah mendapatkan Surat Kebenaran Bank atau pihak bank lambat mengeluarkannya sila emailkan salinan geran kenderaan dan salinan ic sahaja. Kedua-dua dokumen tersebut sudah memadai untuk membuat penghantaran kenderaan tuan-puan.

This will close in 0 seconds

Langkah 5: Makluman


Sila whatapps/sms/call Tuan Syed Nizam di talian 0165945949 untuk memaklumkan dokumen telah diemail.

This will close in 0 seconds

Langkah 6: Urusan Kastam


Pihak syarikat akan menyiapkan urusan kastam dokumentasi serta merta sebaik dokumen diterima

Dalam tempoh ini semua pelanggan bolehlah membuat persediaan kenderaan. Terutama yang ingin membawa muatan/ barang dalam kenderaan. Rujuk syarat membawa muatan di artikel di bawah ini sebagai panduan anda.

This will close in 0 seconds

Langkah 7: Penyerahan Kenderaan dan Pembayaran


Sila hantar kenderaan sehari atau dua hari lebih awal dari tarikh kapal bergerak ke syarikat kami

Pihak syarikat akan memberikan dokumen penghantaran/ Servey Report dan Resit Pembayaran

Semua bayaran mesti dibuat seperti berikut:

  • a) Shipment Dari P Klang Ke Sabah dan Sarawak  (Sila buat bayaran penuh semasa serahan kenderaan di Westport Port Klang)
  • b) Shipment Dari Sabah dan Sarawak ke P Klang (Sila buat bayaran penuh setelah kenderaan sampai di P Klang nanti)

Pembayaran penuh boleh dibuat malaui kaedah tunai, cheque atau pembayaran online. Jika pembayaran melalui kaedah online mohon emailkan slip pembayaran (letakkan no plat kenderaan pd email terebut) atau serahkan bukti bayaran kepada kami untuk semakan.

This will close in 0 seconds

Langkah 8: Kapal Berlayar Ke Destinasi Pilihan Anda


Jangkamasa perlayaran bergantung kepada destinasi pilihan anda.

Sila rujuk Jadual Pergerakan Kapal untuk mengetahui jangkaan kenderaan anda tiba di kelak.

This will close in 0 seconds

Langkah 9: Ketibaan Kenderaan di Destinasi


Urusan Kastam disiapkan oleh pihak syarikat dalam tempoh masa 1 hari bekerja setelah kenderaan tiba.

This will close in 0 seconds

Langkah 10: Penyerahan Kenderaan Kepada Pelangan-pelangan


Pihak syarikat akan menghubungi anda untuk mengambil kenderaan yang dikirim.

Pastikan anda menerima borang kastam K3 bersama-sama kenderaan anda.

Hanya mengambil kenderaan dan tiada lagi sebarang caj lagi dikenakan.

” PIHAK SYARIKAT SENANTIASA BERHARAP SEMUA PELANGGAN BERPUAS HATI DENGAN PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN”

This will close in 0 seconds