10 Langkah Menempah

Berikut adalah langkah demi langkah cara membuat penghantaran kenderaan anda ke destinasi pilihan.

Langkah 1: Mendapatkan Informasi

Lawati www.hantarkeretaku.com/bm untuk dapatkan harga dan tarikh pergerakan kapal atau Hubungi Tuan Syed Nizam (CALL/ SMS/ WHATAPPS 0165945949)

Langkah 2: Penempahan / Booking Now

Isi borang penempahan di http://hantarkeretaku.com/bm/?page_id=2311 (Tiada bayaran dikenakan hanya booking shipment)

Langkah 3: Sediakan Dokumen

a) Salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan/ Geran Kenderaan (muka surat depan & muka surat belakang)

b) Salinan IC pemilik (seperti nama pada geran kenderaan) Muka surat depan dan muka surat belakang

c) Surat Kebenaran Bank Jika kenderaan tersebut masih ada pinjaman. Sila mohon Surat Kebenaran Bank dari bank yang membiayai pinjaman kenderaan anda. Cuba minta dahulu daripada pihak bank, namun jika sukar sila sediakan Geran Kenderaan dan IC pemilik sahaja.

Langkah 4: Email Dokumen

1. Emailkan semua dokumen-dokumen tersebut ke :

hantarkereta7@gmail.com

2. Pastikan dokumen-dokumen tersebut discan dengan jelas (terutama geran kenderaan no chasis dan no enjin perlu jelas).

3. Pastikan No telefon/ No pendaftaran kenderaan / Tarikh pergerakan kapal/ Destinasi yang dingini ditulis pada tajuk email tersebut untuk rujukan kami.

4. Sila emailkan selewat-lewatnya 3 hari bekerja sebelum tarikh kapal bergerak.

Nota: Bagi yang bermasalah mendapatkan Surat Kebenaran Bank atau pihak bank lambat mengeluarkannya sila emailkan salinan geran kenderaan dan salinan ic sahaja. Kedua-dua dokumen tersebut sudah memadai untuk membuat penghantaran kenderaan tuan-puan.

Langkah 5: Makluman

Sila whatapps/sms/call Tuan Syed Nizam di talian 0165945949 untuk memaklumkan dokumen telah diemail.

Langkah 6: Urusan Kastam

Pihak syarikat akan menyiapkan urusan kastam dokumentasi serta merta sebaik dokumen diterima

 

Dalam tempoh ini semua pelanggan bolehlah membuat persediaan kenderaan. Terutama yang ingin membawa muatan/ barang dalam kenderaan. Rujuk syarat membawa muatan di artikel di bawah ini sebagai panduan anda.

Langkah 7: Penyerahan Kenderaan dan Pembayaran

Sila hantar kenderaan sehari atau dua hari lebih awal dari tarikh kapal bergerak ke syarikat kami

Pihak syarikat akan memberikan dokumen penghantaran/ Servey Report dan Resit Pembayaran

Semua bayaran mesti dibuat seperti berikut:

  • a) Shipment Dari P Klang Ke Sabah dan Sarawak  (Sila buat bayaran penuh semasa serahan kenderaan di Westport Port Klang)
  • b) Shipment Dari Sabah dan Sarawak ke P Klang (Sila buat bayaran penuh setelah kenderaan sampai di P Klang nanti)

Pembayaran penuh boleh dibuat malaui kaedah tunai, cheque atau pembayaran online. Jika pembayaran melalui kaedah online mohon emailkan slip pembayaran (letakkan no plat kenderaan pd email terebut) atau serahkan bukti bayaran kepada kami untuk semakan.

Langkah 8: Kapal Berlayar Ke Destinasi Pilihan Anda

Jangkamasa perlayaran bergantung kepada destinasi pilihan anda.

Sila rujuk Jadual Pergerakan Kapal untuk mengetahui jangkaan kenderaan anda tiba di kelak.

Langkah 9: Ketibaan Kenderaan di Destinasi

Urusan Kastam disiapkan oleh pihak syarikat dalam tempoh masa 1 hari bekerja setelah kenderaan tiba.

Langkah 10: Penyerahan Kenderaan Kepada Pelangan-pelangan

Pihak syarikat akan menghubungi anda untuk mengambil kenderaan yang dikirim.

Pastikan anda menerima borang kastam K3 bersama-sama kenderaan anda.

Hanya mengambil kenderaan dan tiada lagi sebarang caj lagi dikenakan.

” PIHAK SYARIKAT SENANTIASA BERHARAP SEMUA PELANGGAN BERPUAS HATI DENGAN PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN”

MUATAN DALAM KENDERAAN

Muatan dalam kenderaan adalah “DILARANG” sama sekali. Namun atas sebab keperluan para pelanggan, pihak syarikat bersetuju membenarkan pelanggan membawa muatan secara bersyarat. Iaitu sebarang kehilangan barang “PIHAK SYARIKAT TIDAK AKAN BERTANGGUNG JAWAB”

Tiada kos tambahan dikenakan sekiranya tuan/puan ingin membawa muatan barang di dalam kenderaan yang ingin dihantar. Namun pelanggan bertanggung jawab sepenuhnya terhadap barang-barang yang di bawa.

Syarat-syarat meletakkan muatan barang dalam kenderaan adalah seperti berikut:

  1. Muatan mestilah TIDAK menyalahi undang-undang Pihak Berkuasa Kerajaan Malaysia.
  2. Muatan mestilah TIDAK berbahaya (bahan api, mercun, tong gas dll) dan berisiko tinggi  (barang kemas, hand phone, laptop atau wang )
  3. Muatan BOLEH memenuhi ruang tempat duduk belakang dan  bonet belakang sahaja.
  4. Tidak digalakkan untuk membawa muatan terlalu banyak sehingga melebihi tempat duduk hadapan. Muatan di luar kenderaan atau di atas kenderaan adalah tidak dibenarkan.
  5. Sekiranya kenderaan tuan/puan dipasang aksesori yang mahal seperti p.am, pre amp, tweeter , sila buka dan simpan dahulu didalam kotak bagi mengelakkan daripada berlakunya kehilangan.
  6. Kosongkan laci atau ruang penyimpanan dashboard daripada segala barang peribadi termasuklah minyak wangi, GPS, Kad Touch n Go, Smart Tag, Buku Servis, Peta dan lain- lain lagi.
  7. Jika perlu simpan alas kaki anda dalam kotak dan bungkuskan kotak tersebut dengan plastik berulang kali.
  8. Pelanggan mestilah menyusun barang dalam keadaan teratur dan kemas.
  9. Hanya dua kaedah yang dibenarkan membawa barang di dalam kenderaan ialah dengan cara memasukkan barang-barang tersebut:-
  • KOTAK (kotak berkualiti dan tebal)
  • BEG BERKUNCI sahaja.

Kaedah pembungkusan barang yang selamat ialah dengan cara memasukkan semua barang di dalam beg/kotak. kemudian beg/ kotak tersebut dibalut atau di wrap dengan plastik berulang kali. Seperti dalam video di bawah (luangkan sedikit masa anda untuk menonton video berikut):-

Ikat semua kotak yang dibungkus plastik tadi dengan cara mencantum semua kotak tersebut demi memastikan keadaan barang dan muatan anda terjamin selamat hingga ke destinasi pilihan anda

“HARAPAN KAMI AGAR SEMUA PELANGGAN MEMATUHI SYARAT TERSEBUT DEMI MEMASTIKAN SEMUA HAK PELANGGAN KAMI TERPELIHARA DAN SELAMAT”

SELAMAT DATANG!

PROMOSI ULANG TAHUN RIZSTWO. HARGA BERMULA RM800

HUBUNGI KAMI SEGERA : 0165945949IKLAN KAPAL 10.10.2016