Dokumen Penghantaran Kenderaan

1) KENDERAAN MILIK SENDIRI

Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan:

a) Salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan/ Geran Kenderaan (muka surat depan & muka surat belakang)

b) Salinan IC pemilik (seperti nama pada geran kenderaan) Muka surat depan dan muka surat belakang

c) Surat Kebenaran Bank Jika kenderaan tersebut masih ada pinjaman. Sila mohon Surat Kebenaran Bank dari bank yang membiayai pinjaman kenderaan anda.

Nota: Terdapat bank yang memerlukan surat sokongan seperti surat perpindahan tempat kerja, surat lapor diri dll bagi mempercepatkan proses pengeluaran surat perlepasan.

 

2) KENDERAAN MILIK SYARIKAT ENTERPRISE/ SOLE PROPRIETOR

Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan:

a)Salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan/ Geran Kenderaan (muka surat depan & muka surat belakang)

b)Salinan IC pemilik syarikat (seperti nama pada geran kenderaan) Muka surat depan dan muka surat belakang

c) Salinan Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM: Borang 9 )

d) Surat Kebenaran Bank jika kenderaan tersebut masih ada pinjaman. Sila mohon Surat Kebenaran Bank dari bank yang membiayai pinjaman kenderaan anda.

 

 

3) KENDERAAN MILIK SYARIKAT SDN BHD

Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan:

a)Salinan Perakuan Pendaftaran Kenderaan/ Geran Kenderaan (muka surat depan & muka surat belakang)

b)Salinan Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM: Borang 9, Borang 24, dan Borang 49)

c) Surat Kebenaran Bank Jika kenderaan tersebut masih ada pinjaman. Sila mohon Surat Kebenaran Bank dari bank yang membiayai pinjaman kenderaan anda.

d) Salinan IC pengarah-pengarah syarikat

e) Surat lantikan dari syarikat mengesahkan syarikat kami dilantik sebagai agen penghantaran kenderaan tersebut (original)

SELAMAT DATANG!

PROMOSI ULANG TAHUN RIZSTWO. HARGA BERMULA RM800

HUBUNGI KAMI SEGERA : 0165945949

KLIK SINI UNTUK WHATSAPP

IKLAN KAPAL 10.10.2016