INSURANS MARIN

 

Kepada pelangan yang ingin memerlukan perlindungan tambahan iaitu insurans marin, kami sedia menawarkan pada kos yang amat berpatutan. Insurans marin merupakan perlindungan tambahan kepada kenderaan yang dihantar menggunakan jalan laut atau menggunakan kapal. Insurans marin bukan lah kewajiban namun ia dicadangkan kepada mana-mana pelanggan yang memerlukannya.

 

Apa yang dilindungi??

Kenderaan yang dilindungi insurans marine boleh menuntut ganti rugi jika berlaku kerosakan sepanjang perjalanan kenderaan menggunakan kapal, termasuklah jika kapal tenggelam dan sebagainya.

 

Rate for marine insurance is depend the car value

a)Let said car value is RM100,000.00

Insurance Charges :

100,000.00 X 0.35% + Stamp Duty (RM10.00)

So total insurance charges is RM350+RM10

 

b) Let said car value is RM33,000.00

Insurance Charges:

33,000.00 X 0.35% + Stamp Duty (RM10.00)

So total insurance charges is RM125.00

 

FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)

Soalan Jawab

Adakah saya boleh menghantar kenderaan jika kenderaan yang hendak dihantar masih belum menjelaskan saman atau kompaun?

Kenderaan masih boleh dihantar tanpa sebarang masalah.

Kenderaan saya telah diubah suai dari segi body kit dan cermin yang gelap, bolehkan kenderaan saya dihantar tanpa diambil tindakan oleh JPJ atau Polis Trafik?

Penghantaran yang kami lakukan hanya melibatkan pihak kastam sahaja, maka kenderaan tidak akan diperiksa oleh pihak JPJ mahu pun Polis Trafik.

Berapa lama kenderaan akan sampai ke kota kinabalu?

Kebiasaanya 7 hari kenderaan sampai.

JIka saya sudah tiada lagi terikat dengan pinjman bank (habis bayar), adakah saya perlu mendapatkan surat perlepasan dari bank?

Tidak perlu surat perlepasan lagi.

Apakah cara untuk mendapatkan surat perlepasan dari bank?

adalah digalakkan tuan/puan membawa dokumen sokongan yang menjelaskan tuan/puan dipindahkan. ini akan memudahkan tuan/puan mendapatkan surat perlepasan dari bank.

Apakah jenis kapal yang digunakan untuk membawa kenderaan saya ?

Kapal yang kami gunakan untuk menghantar kenderaan tuan/puan ialah kapal khas untuk membawa kenderaan. Maka, tuan/puan tidak perlu bimbang kerana tidak ada kontena lain di dalam kapal tersebut. Semu kenderaan baru yang dihantar dari syarikat Toyota dan Perodua ke Sabah Sarawak juga menggunakan kapal jenis ini.

Bilakah saya boleh menempah penghantaran kenderaan saya?

adalah sangat digalakkan tuan/puan menempah 1 bulan lebih awal kerana untuk makluman tuan/puan penghantaran kenderaan ke Sabah Sarawak senantiasa mendapat sambutan yang hangat (sentiasa penuh), jadi jika tuan/puan lambat menempah tuan/puan terpaksa menunggu shipment yang akan datang.

Adakah pemilik kereta perlu hadir semasa menghantar dan mengambil kereta?

Pemilik kereta boleh mewakilkan individu lain semasa menghantar dan menerima kereta. Kenderaan boleh dihantar melalui wakil tuan/puan tanpa sebarang masalah dengan syarat segala dokumen telah tersedia.

Sekiranya saya sudah membuat tempahan untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak, dimanakah harus saya hantar kenderaan saya?

Tuan/puan hanya perlu hantar ke pejabat kami dan seterusnya pekerja saya akan membawa kenderaan ke pelabuhan. jadi tuan/puan tidak perlu membazir masa menunggu untuk menghantar kenderaan tuan/puan ke dalam kapal.  tuan/puan hanya perlu hantar dan terima sahaja.

Adakah kos yang tersenarai dalam jadual sudah termasuk kastam clearance?

Ya. semua kos tersenarai telah termasuk kastam clearance. Jadi anda tidak ada tambahan wang lagi. Kos ini sahaja la sehingga terima kereta anda kelak.

Apa perbezaan shipment roro dan container?

Kedua-dua kaedah ini sering digunakan dalam penghantaran kenderaan. Namun shipment roro ini adalah sistem parking berlapis (seperti tmpt letak kereta bertingkat) di dalam kapal. Kapal roro ini adalah khas mengangkut kenderaan dan tidak ada container lain. Kaedah ini banyak digunakan syarikat pengedar kenderaan seperti Toyota, Perodua dan Proton.